Maszlee arah siasat isu produk mandian herba di sekolah

23:01:00
Imej via PW Community
19 Mac, Putrajaya - Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakukan siasatan ke atas beberapa dakwaan yang dibuat oleh sebuah laman FB, PW Community berkenaan beberapa isu yang berlaku di sekolah.
Maszlee melalui laman rasmi FBnya, beliau memberi maklum balas berkenaan tiga isu yang dibangkitkan oleh PW Community.

Antara isu tersebut termasuklah penjualan produk-produk 'sampah' di sekolah-sekolah, guru bergiat dengan MLM dan gunakan sekolah sebagai hub untuk MLM berkembang dan isu money game scam yang melanda pelajar IPT

Isu produk 'sampah' yang diberi penekanan oleh pemilik FB tersebut adalah berkenaan penjualan mandian herba yang dimasukkan ke dalam slot Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) guru-guru di sebuah sekolah.
Laman FB tersebut mendedahkan beberapa individu yang terlibat dengan terapi mandian herba tersebut dan amat berharap pihak kementerian mengambil tindakan tegas kerana isu yang dibangkitkan sudah terlalu lama.

Maszlee dalam pada itu memberi jaminan dengan tegas telah menubuhkan pasukan untuk lakukan penyiasatan atas segala dakwaan yang telah dibuat.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »