Kehidupan Seorang Guru Melalui Drama Bersiri Grey"s Anatomy

16:28:00
Umum maklum seorang guru itu melakukan berpuluh-puluh keputusan ketika menjalankan tugasannya di dalam kelas atau di sekolah sebagaimana juga seorang pakar bedah.

Hurmm..mungkin drama bersiri Grey's Anatomy ini dapat menggambarkan serba sedikit bagaimana ianya berkaitan!
1. Tatkala tiba-tiba ada seorang murid baru didaftarkan ke kelas anda tanpa anda dimaklumkan oleh pentadbir.
Hari ini hari Isnin, semua bahan telah dicetak dari Ahad malam lagi cukup-cukup untuk semua yang berada di dalam kelas. Sekali masuk dalam kelas, eh..ni siapa pulak tetiba wujud dalam kelas ni...

2. Tatkala anda tersilap tulis ejaan di whiteboard, dan satu kelas cuba membetulkannya.
Amboiiii...bukan main seronok nak membetulkan cikgu dia kan. Takpe, waktu-waktu beginilah kita boleh ajar murid kita tentang kelemahan diri dan bagaimana untuk mengatasinya.

3. Keletihan seorang guru
Samaada dari aspek fizikal, mental atau emosi, kepenatan adalah satu perkara rutin dalam kehidupan seorang guru. Dengan berpuluh-puluh keputusan dan perkara yang terpaksa ditentukan dalam masa sehari, tekanan seorang guru sewajarnya diambil peduli.
4. Tatkala murid buat lawak, dan anda cuba kawal perasaan untuk ketawa
Kadang-kadang sedang kita serius, bunyi kentut dalam kelas lah, lawak tak senonoh lah, aksi melampau lah, sakit hati betul tapi dalam masa yang sama anda juga nak ketawa...erggghh!

5. Tatkala menyedari rakan guru anda juga 'segila' anda
Kita semua perlukan BFF guru untuk survive dalam dunia pendidikan terutama di sekolah.

6. Tatkala anda menasihati murid untuk OK menghadapi hari yang suram.
Kadang-kadang kemarahan, ketegangan, tekanan kerja ini perlu disalurkan dengan cara yang betul. Bukan guru sahaja, murid juga begitu. Memang dasyat jika murid dapat mengesan guru mereka dalam keadaan mood ke laut!

7. Tatkala anda hadiri 4 jam kursus peningkatan profesional
Jangan salah anggap statement kami. Mempelajari sesuatu yang baru adalah perkara yang baik dan bagus. Cuma, kaedah pelaksanaan dan pengisian biarlah relevan dengan guru yang mengikutinya. Pentadbir juga, janganlah menghantar 'wakil' semata-mata, tersiksa cikgu-cikgu yang tak berkenaan nanti.

8. Tatkala pentadbir persoal kenapa tak banyak buat aktiviti berkumpulan bersama murid tahun ini.
Owh..kalau boleh saya nak buat semmua cikgu. Kurikulum merentas subjek, highly immersive program, projek bina semangat dalam lesson plan ni. Tapi bila nak sumbat semua tu ntah...
9. Tatkala murid bertanya soalan yang anda telah jawab.
Anda telah memaklumkan ada kuiz pada hari Jumaat. Makluman tersebut disampaikan pada murid pada hari Rabu. Hari Khamis anda menyusun soalan kuiz seharian. Hari Jumaat tiba, dan anda edarkan kuiz tersebut kepada murid dan perkataan yang mula-mula keluar daripada mulut mereka, "Eh, ada kuiz hari ni? Tak cakap pun..."

10. Tatkala murid cuba beri alasan kerja rumah tak siap lagi.
Budak-budak ni kan, kalau dia ambil masa untuk cipta alasan tu untuk buat kerja sekolah, dah lama siap kerja diorang ni. Alasan memang menarik, tetapi tak penting pun!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »