Cadangan Penulisan RPH Ketika Guru Tiada Di Sekolah

09:54:00
Gambar hiasan
PANDUAN (CADANGAN) PENULISAN RPH KETIKA GURU TIADA DI SEKOLAH
1. Jika SURAT PANGGILAN mesyuarat telah diterima lebih AWAL,

i. Catatkan BAHAN yang ditinggalkan kepada murid dan LANGKAH yang perlu dilaksanakan oleh guru ganti mengikut langkah demi langkah.

ii. Catatkan NAMA MESYUARAT/BENGKEL yang dihadiri pada muka surat catatan di belakang buku rekod atau pada bahagian bawah RPH.
2. Jika SURAT PANGGILAN LEWAT diterima dan guru perlu ke tempat bengkel atau kursus dengan segera tanpa sempat meninggalkan bahan untuk murid,

i. Catatkan NAMA MESYUARAT/BENGKEL yang dihadiri.
3. CUTI SAKIT, contohnya, cuti sakit pada hari Selasa, iaitu sehari sahaja,

i. RPH perlu ditulis PENUH dan pada bahagian REFLEKSI, catatkan PdPc tidak dapat dilaksanakan kerana guru cuti sakit dan PdPc dibawa ke...

Menjadi KESALAHAN jika bahagian RPH dicatatkan cuti sakit TANPA penulisan RPH yang lengkap.

NOTA:
Apapun, perlu diingatkan; di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Jika pihak pentadbir di sekolah masing-masing telah menetapkan cara penulisan RPH ketika guru tiada di sekolah, maka guru perlu mematuhinya.

Perkongsian berlangsung di Bengkel Penulisan RPH PAK21 di SMK Convent Bukit Nanas pada 10 Mac 2018 SISC+ Azura

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
31 Mar 2019, 12:37:00 delete

Salam.. mcm mn plak penulisan RPH yg ckgu cuti sakit dlm tempoh yg lama? Adakah RPH yg sm atau ikut mggu dlm RPT?

Reply
avatar