Susunan keutamaan bendera negeri di Malaysia dengan pemasyuran Agong yang baru

08:32:00
Dengan pemasyhuran DYMM Sultan Pahang yang baharu dan dilantik menjadi DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-16, maka secara automatik susunan keutamaan bendera negeri-negeri di Malaysia pun turut berubah.
Maka itu, susunan keutamaan bendera-bendera negeri seperti yang diperuntukkan di bawah Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1994 bagi bendera Malaysia dan negeri-negeri adalah berubah seperti berikut:

1. MALAYSIA
2. TERENGGANU
3. PERLIS
4. SELANGOR
5. NEGERI SEMBILAN
6. JOHOR
7. KELANTAN
8. PERAK
9. KEDAH
10. PAHANG
11. PULAU PINANG
12. MELAKA
13. SABAH
14. SARAWAK
15. WILAYAH PERSEKUTUAN

Nota:
Keutamaan susunan bendera Malaysia dan negeri-negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan (tarikh pertabalan/ pelantikan baharu) D. D. Y. M. M. Raja-Raja dan T. T. Y. T Yang di-Pertua Negeri seperti yang termaktub dalam perkara 70 Perlembagaan Persekutuan.


Imej via IMAGenius
Kibaran bendera secara sebaris dan kekananan bermula dari tengah.
Imej via IMAGenius

#PerundingImejGOMEN
#IMAGenius

Sumber: Rudy Ludinata

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »