Setahun Sebagai Seorang Guru Sebagaimana Digambarkan Dalam Siri "The Walking Dead"

21:48:00
Mengharungi setahun persekolahan kadang-kadang dapat digambarkan seperti berperang dengan zombie. Mujurlah murid-murid ni tidak sekejam makhluk pemakan otak tersebut...syukur!
Berikut kami cuba gambarkan bagaimana perjalanan setahun persekolahan oleh guru daripada perpektif watak-watak drama bersiri yang popular "The Walking Dead".

1. Setelah berperah otak menyusun jadual waktu guru-guru, dan kemudian apa yang dapat hanyalah rungutan ketidakadilan jumlah waktu mengajar.
via GIPHY

Oiii...ingat senang ke nak susun jadual! Ingat senang nak puaskan hati semua orang??? Tu belum bilangan guru yang tak cukup, guru bukan opsyen...Cubaan yang terbaik adalah berlapang dada, hati kena kering...

2. Hari-hari terakhir sebelum Cuti Pertengahan Tahun.
via GIPHY
Dah nak cuti ni, tiba-tiba ada aja panggilan mesyuarat lah, kursus lah, program peringkat PPD, JPN lah. Namun begitu, cikgu-cikgu masih mampu mengawal kewarasan mereka walaupun sibuk dengan PLC, lesson plan, tanda kertas. Memang gila, tapi perjalanan tahun itu tetap berlangsung dengan kegembiraannya tersendiri.
3. Tatkala berjaya mengharungi pertengahan persekolah sehingga ke hujungnya.
via GIPHY
Anda berjaya mengharungi separuh perjalanan kehidupan seorang guru setakat ini! Kertas ujian selesai ditanda, markah selamat sudah di key-in, murid pun sudah pulang, sekolah kembali sunyi untuk seketika. Anda tersenyum puas setakat pertengahan tahun ini...

4. Setelah kembali daripada Cuti Pertengahan Tahun, terpaksa ulang benda yang sama sekali lagi.
via GIPHY
Seperti biasa, murid yang kembali selepas cuti akan terlupa beberapa perkara penting yang terpaksa diulang suara semula. Terpaksa pula mengambil masa dua tiga hari untuk mengulang perkara yang sama...

5. Anda menyedari tiada lagi cuti selepas ini terutama guru Tahun 6 untuk UPSR
via GIPHY
Selepas cuti pertengahan tahun, guru tahun 6 akan mula kelam kabut dengan calon-calong UPSR mereka. Silibus dipastikan telah pun selesai untuk persediaan ulang kaji dan latih tubi untuk murid masing-masing.

6. Tatkala pentadbir mula berbunyi untuk memantau PdP bagi penilaian akhir tahun.
via GIPHY
Jarang sangat berlaku, selalunya tetiba ja ada markah. Kadang-kadang penilaian sambil lalu aja, intai kot tingkap pun ada. Tapi bila berlaku ketika anda dan murid sedang dalam pdp yang menyeronokkan, rasa hati berbunga-bunga sekali untuk menjemput mereka masuk ke kelas anda.

7. Apabila murid mula mengerumuni anda untuk meminta 'markah kesian' untuk keputusan ujian mereka.
via GIPHY
Nasib la kalau korang dapat cikgu yang kedekut markah kan...

8. Tatkala Cuti Hujung Tahun kunjung tiba...
via GIPHY
Anda telah mulakan tahun persekolahan dengan perancangan yang hebat, kelas yang penuh dengan murid-murid pelbagai kerenah, dan pasukan guru yang terbaik. Ada murid yang yang bakal meninggalkan sekolah, akan tiba batch yang baru. Ada juga guru yang bakal bertukar sekolah, dan kepada yang masih gagah dan gigih untuk memulakan tahun persekolahan yang baru. Dan untuk itu...anda layak meraikannya!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »