Salah faham konsep PAK21 buat guru tertekan

08:11:00
Saya bersembang dengan seorang kawan tentang PAK-21. Dia cakap:

"Susah nak buat PAK-21 kat sekolah saya. Mana ada kelengkapan teknologi yang canggih2. LCD dan projektor pun terhad. Berebut-rebut dengan cikgu lain nak guna. Makmal komputer pun sedih je tengok. Line internet pun susah".
Melalui apa yang dinyatakan oleh kawan saya ni, saya boleh anggap bahawa kebanyakan cikgu sekarang mempunyai tanggapan yang salah tentang PAK-21. Dalam fikiran mereka PAK-21 = ICT. Tanggapan seperti ini perlu diperbetulkan.

Bahkan, ada juga SISC+ daripada PPD yang menyampaikan maklumat kepada guru-guru di sekolah bahawa PAK-21 itu ialah 'Walking Gallery', 'Fan & Pick', 'Round Robin', 'Jigsaw Problem Solving' dan bermacam-macam lagi.

Kononnya, jika cikgu2 buat PAK-21 di dalam kelas, cikgu2 kena nyatakan kaedah pembelajaran yang digunakan seperti yang diberitahu itu dalam RPH. Sebab itu kebanyakan cikgu2 malas nak buat PAK-21 di dalam kelas sebab rasa terbeban nak buat persediaan. Betul tak?

Apa yang diberitahu itu sebenarnya hanyalah salah satu bentuk atau struktur pembelajaran di bawah PAK-21. Semua kaedah ini bukanlah maksud sebenar kepada Pembelajaran Abad Ke-21!
Maksud PAK-21 yang sebenar-benarnya ialah apa-apa sahaja kaedah pembelajaran yang cikgu rancang untuk dilakukan di dalam kelas yang berpusatkan murid dan melibatkan 4K1N, iaitu ‘Komunikasi’, ‘Pemikiran Kritis’, ‘Kreativiti’, ‘Kolaboratif’ dan ‘Nilai Murni & Etika’.

Jadi, jika kaedah yang cikgu aplikasikan ke atas murid-murid itu mempunyai elemen2 yang disebutkan, maka cikgu telah mengaplikasikan kaedah PAK-21.

Tidak disebutkan pun cikgu wajib guna kelengkapan ICT dan lain-lain tu kan? Malah, cikgu pun boleh cipta kaedah PAK-21 cikgu sendiri!

Kenapa cikgu-cikgu perlu pening kepala fikir tentang mcm mana nak laksanakan PAK-21 di dalam kelas? Bagi saya, kebanyakan guru di Malaysia telah lama mengamalkan gaya pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai elemen PAK-21 tetapi mereka tidak menyedarinya. PAK-21 bukanlah hanya melibatkan penggunaan Internet, komputer dan teknologi (ICT).
Mari saya tunjukkan cikgu-cikgu apa yang dimaksudkan dengan 'teknologi pendidikan' yang diberikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan:

"Teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau penggunaan alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik.

Justeru, melalui maksud teknologi pendidikan yang dinyatakan di atas dan perbincangan tentang PAK-21, saya rumuskan bahawa,

1. PAK-21 bukanlah berkisar tentang penggunaan ICT semata-mata.
2. PAK-21 bukanlah hanya merujuk kepada struktur yang telah didokumenkan oleh sarjana-sarjana barat.
3. PAK-21 juga bukanlah tentang sistem 'traffic light', 'susunan meja' 'hiasan kelas' dan 'peta i-think'.
3. PAK-21 hanyalah satu pendekatan. Cikgu pun boleh cipta kaedah PAK-21 cikgu sendiri. :-)

Sekian, terima kasih.

Cikgu Mohd Ridzuan Md Nasir
Guru Inovatif Negeri Sarawak (2017)
Penerima Hadiah Latihan Persekutuan KPM (2017)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »