Ramai guru tidak faham pelaksanaan Modul 10 Minit Perhimpunan?

11:53:00
Banyak pandangan dan kefahaman yang bercanggah berkenaan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yang diperkenalkan oleh IPG Kampus Ilmu Khas ini.
Jom kita baca penjelasan daripada Cikgu Sam Rizal ini pula:

M10MP atau Modul 10 Minit Perhimpunan. Bukan perkara baharu dalam perhimpunan sekolah. Hanya satu penjenamaan semula kepada program yang sedia ada dan yang telah dilaksanakan oleh kebanyakan sekolah.

Sebelum ini ada 5 Minit Antidadah, Pegun Buku, Buku Peraturan Sekolah, PEERS, NILAM, Obesiti dan banyak lagi. Tema-tema diwujudkan supaya perhimpunan rasmi dapat dipandu dan dihalakan.
Sekolah saya juga telahpun mengamalkan Perhimpunan Bertema ini supaya guru bertugas dipandu dalam menyampaikan maklumat kepada murid. Persediaan awal mengelakkan berlakunya leteran lantaran tiada persediaan.

Toksah dok kalut. Masa perhimpunan tetap sama. M10MP bukan bermaksud perhimpunan 10 minit. Tetapi mengambil masa 10 minit dalam perhimpunan untuk menyampaikan maklumat bermodul / bertema.
Cuma saya lebih cenderung masa perhimpunan ditambah daripada masa sedia ada kerana satu waktu ditambah dengan pengurusan disiplin dan penyusunan perhimpunan tidak memadai. Lagu-lagu rasmi, Ikrar Rukun Negara, maklumat bertema, pengiktirafan murid, dan sebagainya perlukan masa. Lebih-lebih lagi bagi murid sekokah rendah dan prasekolah.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »