Pertukaran guru, pertimbang dahulukan "guru veteran"

07:49:00

SAUDARA PENGARANG

MOHON Jabatan Pelajaran Kelantan dan seluruh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengambil cakna dan prihatin kepada permohonan pertukaran guru di dalam dan luar daerah agar diberi pertimbangan sewajarnya.

Keutamaan kelulusan pertukaran adalah dicadangkan khusus kepada guru yang mempunyai masalah kesihatan dan telah berkhidmat di sesebuah sekolah melebihi lima tahun.
Selain itu, tempat bertugas mereka jauh dari kediaman masing-masing. Majoriti guru-guru ini sudah berusia dan adalah lebih baik diberi pertimbangan dan keutamaan kepada mereka.

Apa yang berlaku semenjak dahulu lagi, pertukaran guru hanya diberi layanan istimewa jika mereka mempunyai hubungan baik dengan tokoh politik tertentu serta ada hubungan persaudaraan dengan pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri dan PPD.

Kasihanilah kami yang tidak mempunyai ‘talian hayat’ seperti segelintir guru lain dan begitu lama berulang-alik ke tempat kerja bertahun-tahun lamanya.

Bukan kami tidak bersyukur dan banyak songeh tapi apa yang berlaku tidak melambangkan profesionalisme dalam pengurusan penempatan dan pertukaran guru.

Ada beberapa kes, guru terbabit telah pun berkhidmat lebih 10 tahun di sesebuah sekolah dan setiap tahun memohon pertukaran, namun tidak berjaya.

Sedangkan terdapat beberapa guru mendapat layanan ‘sangat istimewa’. Begitu mudah diberi kelulusan pertukaran walaupun usia mereka lebih muda dan hanya dua, tiga tahun berkhidmat.

Malahan hanya beberapa bulan berkhidmat di sesebuah sekolah tetapi berjaya dalam permohonan mereka. Kami juga berharap Kementerian Pendidikan dan menteri berkaitan mengambil cakna tentang hal ini.

GURU SENIOR
Pasir Mas

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »