Pengambilan Guru Interim Bahasa Inggeris di KPM 2019 Dibuka

14:51:00
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Interim Bahasa Inggeris bagi mengisi kekosongan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di seluruh Malaysia.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:

1. Warganegara Malaysia;
2. Sihat tubuh badan;
3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Februari 2019;
4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Bahasa Inggeris sahaja dengan CGPA minimum 2.5 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
5. Pemohon yang memiliki ijazah sarjana muda daripada IPTS tempatan dan institusi luar negara perlu mendapatkan surat pengiktirafan ijazah daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pendididikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/; dan
6. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.
MAKLUMAT LANJUT DAN CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN:

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web di alamat:


TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
15 FEBRUARI 2019 (JUMAAT), SEBELUM JAM : 11.59 MALAM

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »