Nisbah guru, murid faktor sistem pendidikan di sekolah pincang

12:34:00
Imej hiasan via skkodiang.blogspot.com
SHAH ALAM - Kadar nisbah guru dengan murid dan tekanan diterima guru menjadi antara faktor utama kepincangan pendidikan yang perlu ditangani Kementerian Pendidikan.

Pensyarah Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Saedah Siraj berkata, kementerian juga perlu memberi sedikit autonomi kepada sekolah untuk menjalankan kurikulumnya sendiri mengikut keperluan.
"Kekurangan sekolah kebangsaan ini kalau kita nak bincang tujuh tahun. Tetapi kita ambil isu utama supaya kita mohon pihak berwajib perbetulkan termasuklah sekolah itu sendiri.

Apa kekurangan sekolah? Pertama dari segi nisbah guru dengan murid, tekanan guru.

Apabila guru menerima tekanan daripada atas, turun ke nombor dua, turun ke nombor tiga dan sampai kepada guru besar kemudian cikgu pula tertekan. Siapa yang jadi mangsanya? Pelajar.
Tekanan ini yang berlaku dari atas sampai ke bawah. Baru dua hari pergi sekolah, pelajar benci. Ini kita perlu lihat semula.

Kalau nak melaksanakan Revolusi Industri 4.0 makan kita perlu kecilkan kadar guru dan murid.

Sekarang ini seorang guru mengajar 45 orang murid bagaiamanalah dia nak ajar robotik misalnya?

Keberkesanan itu akan kurang jadi kalaulah dapat kementerian wujudkan satu polisi 25 atau 30 orang murid ke bawah dalam sebuah kelas.

Kementerian boleh kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menambah guru.

Mungkin dalam lingkungan 5 kilometer, sebuah sekolah 25 murid, seorang guru, jadi lingkungan persekitaran yang selamat, murid-murid boleh berjalan kaki.
Saya kira ini boleh dilaksanakan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Kemudian, berilah autonomi kepada sekolah untuk menjalankan kurikulumnya, tidaklah terlalu mengikut apa yang dirangka kementerian.

Ada satu kajian pelajar saya jalankan terhadapa 'Frog Virtual Learning Environment' (Frog VLE) adakah salah cikgu atau sebab apa?

Hasil kajian mendapati bukan salah cikgu tapi prasaranan yang disediakana oleh pihak berwajib. Kadang-kadang jalan (berfungsi), kadang-kadang tak jalan.

Jadi apabila trafik (sesak) tak dapat (akses Frog VLE), jam 1 pagi baru boleh (akses).

Kita terkejut dengan hasil dapatan itu kerana kita ingat cikgu memang malas, tak suka teknologi.

Di Felda begitu juga. Teknologi tak sampai di Felda kerana banyak pokok kelapa sawit yang menghalang gelombang internet.
Kurikulum merangkumi matlamat, silibus, pelaksanaan kemudian penilaian. Kementerian sekarang memperbaharui penilaian kepada penilaian alternatif (dengan memansuhkan peperiksaan Tahap 1).

Saya sangat gembira dengan perkara ini kerana penilaian ini bersifat dinamik.

Negara kita sebenarnya telah mempunyai satu kurikulum yang dinamik kerana ia diukur melalui kokurikulum, penglibatan dalam sukan dan faktor-faktor lain.

Saya kira kementerian telah mencapat satu tahap meningkat, cemerlang cuma kita tanya di sini apa yang masih kurang?

Banyak isu ibu bapa kata anak-anak mereak 'over-loaded'. Subjek yang anak mereka laksanakan di sekolah itu luar daripada kemampuan pelajar sekolah rendah.

Apabila kita kaji, kita dapati isi kandungan Darjah 4 adalah untuk Tingkatan 1 kerana kita nak mencapai Kurikulum Berfikir Aras Tinggi (KBAT) tapi ini perlu dikaji semula.
Penambahbaikan yang perlu dibuat dalam kurikulum kita ialah melihat semual isi kandungan kurikulum bagi setiap mata pelajaran itu.

Adakah ikutannya KBAT atau kapasiti pelajar ataupun 'loca base' iaitu sekolah kampung, perkampungan nelayan adakah mereka boleh mencapai silibus itu.

Adakah pendidikan negara kita ini sudah bersifat ke depan kerana yang kita nak didik itu adalah generasi 30 tahun akan datang bukan generasi dulu atau sekarang.

Revolusi Industri 4.0 menekankan digital, robotik dan biologi jadi kita mahu guru-guru itu tahu tentang ini.

Kalau tak tahu bagaiamana mereka nak ajar murid? Bukan robot ganti cikgu tapi ia boleh membantu pelajar rasa gembira di bilik darjah.

Ini memperkenalkan mereka terhadap kesedaran futuristik," katanya.

Kesimpulannya:

1. Bukan guru malas, tapi teknologi tidak berfungsi sebaiknya.
2. Ibu bapa mengadu silibus anak luar kemampuan.
3. Isi kandungan Darjah 4 sebenarnya untuk Tingkatan 1
4. Pendidikan negara hari ini perlu futuristik untuk generasi 30 tahun ke depan.

Sumber: Sinar Harian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »