Kehidupan Seorang Guru Menerusi Filem-Filem Quentin Tarantino

01:16:00
Siapa pernah menonton filem-filem Quention Tarantino pasti mudah untuk mengaitkan apa yang berlaku di dalam filem tersebut dengan kehidupan seorang guru.

Yup, filem-filem beliau mempunyai nilai-nilai yang agak mencabar minda, senang kata KBAT la sangatkan. Namun demikian, kami cuba kaitkannya menerusi beberapa klip dengan kehidupan seorang guru.
1. Tatkala anda bertanyakan soalan mudah di dalam kelas dan tiada siapa pun yang menjawab
via GIPHY
Hurmmm, penat kot siapkan segala persiapan untuk pdp. Bahan warna-warni bagai, siap pakai LCD bunyi dum dum lagi dalam kelas. Tapi bila tiba waktu bertanyakan soalan, semua diam seribu bahasa bagaikan apa yang diajar tadi apa pun tak masuk dalam kepala. Maka berusahalah anda sebagai seorang guru mencari seseorang yang dapat membuktikan objektif pdp hari ini tercapai.
2. Tatkala terpaksa masuk kelas relief yang patutnya di reliefkan kepada orang lain.
via GIPHY
Cikgu-cikgu di sekolah ni kalau nak survive kena bekerjasama. Ini bermaksud, seseorang guru itu perlu cover kelas relief rakannya yang telah direliefkan oleh pentadbir. Gila bunyinya kan? Double relief...hihihi, tapi ianya benar-benar wujud di sekolah!
3. Tatkala berada ruang rehat di bilik guru
via GIPHY
Ada sesetengah sekolah memiliki bilik khas untuk berehat para guru-guru. Paling koman pun, ada sedikit ruang di bilik guru tempat melepak untuk meluah rasa a.k.a membawang perihal murid.
4. Tatkala murid tidak mampu selesaikan soalan dan terus putus asa.
via GIPHY
Guru mana yang rasa tenang jika anak muridnya berputus asa menjawab soalan. Apatah lagi apabila tarikh peperiksaan semakin hampir.
5. Tatkala beberapa murid dicekup dengan masalah disiplin, penceritaan ketika disiasat langsung tak selari
via GIPHY
Menjadi perkara biasa untuk murid-murid ini cuba cover apa kesalahan mereka. Bertambah serabut jika ianya melibatkan beberapa orang pelajar. Apabila disoal-siasat, cerita tunggang langgang nak cover member. Nak tergelak pun ada...
6. Tatkala terperasan dua orang murid sedang membawang ketika dalam kelas anda
via GIPHY
Murid adalah murid. Kalau dia dah bosan di dalam kelas, ada saja point yang nak dibawangkan bersama rakannya. Tukarlah kedudukan dia di mana pun, ada aja akalnya nak menyembang.
7. Tatkala terdengar perbualan murid di koridor
via GIPHY
Kalau anda rasakan perbualan guru membawang mengenai murid-muridnya, anda patut dengar murid pula membawang. Diorang ni boleh label semua guru, termasuklah pentadbir dengan macam-macam gelaran!
8. Tatkala murid mengeluh terlalu banyak kerja sekolah
via GIPHY
Minta maaflah ya wahai murid sekalian. Cikgu bagi kerja sekolah bukan kerana cikgu benci atau mahu denda kamu. Itulah caranya untuk kamu mengingati semula apa yang telah dipelajari. Daripada kamu mengeluh, baik la ambil masa keluhan kamu untuk selesaikan semua kerja tersebut.
9. Guru setiap hari be like
via GIPHY
Mudah! Kami, guru-guru tidak meminta banyak pun kepada murid. Hanya beri perhatian, buat yang terbaik dan tidak menyakitkan hati orang sekeliling. Nampak tak? Mudah kan!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »