Kefahaman PBD oleh ibu bapa penting untuk pendidikan murid di rumah - Timb. Menteri

15:52:00
FORUM PENDIDIKAN PLATFORM PENERANGAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Puan Teo Nie Ching telah meluangkan masa hampir tiga jam bagi bersama-sama memberikan penerangan berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kepada lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan orang awam di stesen penyiaran Astro di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pagi tadi.
Forum Pendidikan anjuran Melodyfm ini terbuka kepada semua pendengar stesen radio berkenaan yang diadakan secara percuma.

Dalam ucapan beliau, YB Puan Teo menyatakan bahawa KPM memerlukan kerjasama semua pihak khususnya ibu bapa bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan sempurna.

Justeru program seperti forum ini perlu diadakan bagi memberikan penerangan jelas berkaitan isu semasa pendidikan seperti PBD dalam kalangan ibu bapa.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) telah diperkenalkan KPM pada tahun 2011 dalam usaha membina dan memperkukuhkan kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul selain membina karektor serta sahsiah murid.

Melalui PBD ibu bapa dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak seterusnya menentukan bentuk sokongan yang boleh diberikan.

#KPM
#MOE

Sumber: FB KPM

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »