Elaun pelajar PISMP RM430 mula dibayar hujung bulan ini

20:35:00
Gambar hiasan via Google Images
PUTRAJAYA 23 Feb. - Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang mengikuti Program ljazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) akan menerima elaun mereka selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, seperti biasa, ia melibatkan elaun sara hidup sebanyak RM430 sebulan dan belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali setahun.
“Elaun sedang dimasukkan ke dalam akaun pelajar dan kesemua mereka akan menerima selewat-lewatnya sebelum akhir Februari ini,” katanya.

Menurutnya, kementerian sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar dalam melahirkan bakal guru yang berkualiti dan berdaya saing. - BERNAMA

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »