Cuaca panas, sekolah diminta ambil langkah berjaga-jaga - KPM

10:46:00
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menasihatkan pihak pengurusan sekolah supaya mengambil langkah perlu susulan cuaca panas dan kering berpanjangan melanda negara kini.
Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata, kementerian sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid khususnya di beberapa negeri di utara dan Pantai Timur serta beberapa daerah di Melaka.

“Pihak pengurusan sekolah perlu memantau aktiviti yang mendedahkan murid kepada cuaca panas; menangguhkan semua aktiviti Iuar bilik darjah jika cuaca panas; memastikan bekalan air minuman bersih mencukupi di sekolah; menggalakkan murid mengambil air minuman dalam kuantiti sesuai; membekalkan air minuman kepada pelajar asrama yang berdepan sumber air kritikal dan bekerjasama dengan klinik sekiranya murid berdepan komplikasi cuaca,” katanya.
Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hendaklah mengadakan pemantauan bagi memastikan setiap sekolah mematuhi arahan dikeluarkan.

Menurutnya, semua sekolah diingatkan supaya lebih peka akan bahaya cuaca panas dan mengambil tindakan berdasarkan Prosedur Operasi Standard.

“Kementerian juga akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena yang dialami pada masa ini,” katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »