Cuaca Panas Cecah 36.9 Darjah Celcius Selama 3 Hari Di Perak, Kedah & Perlis

19:38:00
Cuaca panas melampau kian hari kian terasa. Keluar sahaja rumah bahang haba yang terasa sungguh membuatkan aktiviti harian kita sedikit terbatas. Negara kita kini mengalami cuaca panas yang berterusan.
Menerusi laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Malaysia mengalami gelombang haba sehingga suhu mencecah 36.9 darjah Celcius di beberapa kawasan. Oleh hal yang demikian, kita haruslah berjaga-jaga dan sentiasa memperbanyakan meminum air kosong untuk mengekal hidrat tubuh badan kita.

10 kawasan terjejas
10 kawasan di negara ini yang mengalami gelombang haba di tahap 1 (berjaga-jaga) iaitu Muar, Kepong, Maran, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Sik, Kota Setar, Kubang Pasu dan Chuping akan mengalami suhu maksimum harian mencecah 35 darjah Celcius hingga ke 36.9 darjah Celcius sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut. Lain-lain kawasan di Malaysia masih di tahap biasa iaitu suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.

Sabah Sarawak tidak terjejas
Kawasan-kawasan di sekitar Sabah dan Sarawak tidak mengalami sebarang gelombang haba seperti yang terjadi di beberapa kawasan di sekitar semenanjung Malaysia.

Langkah berjaga-jaga

Apabila cuaca panas melampau melanda, kita sering dinasihatkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan dengan kerap meminum air dan mengurangkan aktiviti luar rumah. Hal ini bagi mengekalkan hidrat tubuh badan kita di musim panas ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »