Apakah Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)?

16:47:00
SEJARAH PITO (Program Intervensi Tambah Opsyen)

Keputusan Kabinet Julai 2007 telah menetapkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia bertanggung jawab untuk melatih guru sekolah rendah manakala latihan untuk guru sekolah menengah dikendalikan sepenuhnya oleh Fakulti Pendidikan IPTA.
Ketika ini, UPSI dan 7 buah Fakulti Pendidikan IPTA menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dengan pengkhususan dalam bidang Sains Tulen dan Matematik (iaitu USM, UTM, UKM, UPM, UM, UiTM dan UMS). Sementara itu UPSI dan 3 buah Fakulti Pendidikan lain menawarkan kursus ISMP dengan pengkhususan dalam bidang Ekonomi (iaitu USM, UMS dan UUM).

Jumlah pengambilan pelajar program ISMP di setiap Fakulti Pendidikan IPTA adalah berdasarkan unjuran yang ditetapkan oleh KPM.

Sementara itu, UPSI dan beberapa buah Fakulti Pendidikan IPTA menawarkan kursus ISMP dengan pengkhususan dalam Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan/Sains Sukan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual dan Sejarah. Jumlah pengambilan pelajar program ISMP di setiap Fakulti Pendidikan IPTA adalah berdasarkan unjuran yang ditetapkan oleh KPM.

Berdasarkan data KPM pada 26 April 2010, berlaku lebihan guru sekolah menengah (yang sedia ada dalam perkhidmatan) yang ketara dengan opsyen Sains Tulen, Matematik dan Ekonomi dan kekurangan guru dalam opsyen Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni Visual.
Fenomena lebihan dan kekurangan guru dalam opsyen tertentu ini telah menyebabkan masalah penempatan guru mengikut opsyen di sekolah menengah seluruh negara. Masalah ini akan menjadi lebih kritikal apabila calon guru keluaran Fakulti Pendidikan IPTA bergraduat mulai Mei 2010.

Keputusan Mesyuarat Sesi Perbincangan Profesion Guru Untuk Keperluan Makmal NKRA Pendidikan: Meningkatkan Kualiti Guru pada 23 Mac 2010 bertempat di Makmal NKRA KPM memutuskan supaya satu program intervensi jangka pendek diadakan bagi menangani masalah ini.

Objektif PITO

Objektif program ini ialah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan bagi membolehkan calon guru mengajar dengan berkesan salah satu mata pelajaran opsyen di mana berlaku kekurangan guru (Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual dan Sejarah) di peringkat menengah rendah.
Kerangka PITO

1. Program intervensi jangka pendek ini akan dijalankan oleh Fakulti Pendidikan IPTA secara ‘over and above’ program ISMP yang dikuti oleh calon guru yang terlibat (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Ekonomi) yang akan bergraduat pada tahun 2012 dan 2013 sahaja.

2. BPG akan menjalankan program intervensi yang sama ke atas kumpulan calon guru yang akan bergraduat pada Tahun 2010 dan 2011. Fakulti Pendidikan IPTA tidak dapat menjalankan program intervensi bagi kohot ini memandangkan kekangan masa kerana perlaksanaan sistem semester sedia ada (program intervensi ini mengambil masa 10 - 12 minggu).;

3.  Setiap Fakulti Pendidikan IPTA melaksanakan program intervensi ke atas kumpulan calon guru di Fakulti masing-masing. Calon guru yang mengikuti program intervensi yang lulus dengan jayanya akan diberikan sijil oleh IPTA berkenaan.
Struktur Program

1. Jumlah keseluruhan beban kredit bagi program ini adalah antara 14 - 17 kredit.

2. Kandungan dan Skema Program
  • Kandungan program intervensi ini meliputi aspek konten, kemahiran dan perkaedahan berkaitan opsyen berkenaan.
  • Beban kredit setiap kursus ialah antara 2 - 3 kredit.
  • Skema program bergantung kepada ketetapan IPTA masing-masing.;
3. Kaedah Penyampaian (Delivery)

Perlaksanaan program ini melibatkan pelbagai kaedah P&P seperti kuliah, amali, perbincangan dll.

4. Penilaian

  • Penilaian pembelajaran dilaksanakan secara berterusan menggunakan pelbagai pendekatan yang diamalkan di IPTA masing-masing.
  • Gred akan diberikan untuk setiap kursus berdasarkan pencapaian calon mengikut amalan IPTA masing-masing.
  • Calon wajib lulus setiap kursus dengan gred minima C untuk layak dianugerahkan sijil.
Kaedah Pelaksanaan PITO

1. Fakulti Pendidikan IPTA akan melaksanakan program ini semasa cuti hujung sesi akademik. BPG pula dicadangkan supaya menjalankan program ini secara Kursus Dalam Perkhidmatan.
2. Fakulti Pendidikan IPTA menggunakan tenaga pengajar, ruang dan sumber yang sedia ada. Beban tugas ini adalah dikira sebagai “over and above” tugas hakiki staf yang terlibat.
3. Sebagai program “over and above”, ia melibatkan implikasi kewangan tambahan untuk perlaksanaannya.

Implikasi Kewangan

Implikasi kewangan one-off program ini diperlukan untuk menampung kos berikut:
a. Upahan (syarahan, amali, tutorial, dll)
b. Bahan P&P
c. Bahan guna habis
d. Sewa ruang and utiliti
e. Penginapan calon
f. Sara hidup calon

BILAKAH PITO akan ditawarkan???

Isu kekurangan guru Bahasa Inggeris sangat kritikal sejak dua menjak ini. Seolah-olah tiada penyelesaian. Perbincangan yang melibatkan implikasi kewangan sering bermain-main di setiap kementerian.

Terdapat khabar angin, PITO untuk subjek Bahasa Inggeris akan ditawarkan ada tahun 2019 ini. Sentiasalah melayari laman web KPM untuk tawaran-tawaran terkini!

Untuk rekod PITO telah ditawarkan pada tahun 2013, 2014 & 2018 (Bahasa Inggeris)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »