5 Fantasi vs Realiti Guru Di Hujung Minggu

17:20:00
Tahniah rakan-rakan guru sekalian! Anda berjaya juga 'survive' di sekolah hingga Hari Jumaat. Tiba masa untuk rehatkan minda dan fizikal daripada minggu yang sangat meletihkan.

Hurmmm...apa perancangan hari minggu guru-guru sebenarnya ya? Jom kita tengok...
1. Menanda kerja murid yang diberikan sepanjang hari persekolahan

SASARAN: Setelah dapat merehatkan diri dengan tidur yang agak panjang, anda telah menyediakan diri untuk menyemak buku dan lembaran kerja murid yang mana telah diberikan sepanjang minggu persekolahan. Yang mana dok menyemak karangan, dengan berhati-hati markah diberikan agar tidak tertinggal isi penting yang telah ditulis. Kemudian markah diberikan seadil-adilnya dengan hasil kerja tersebut.

REALITI: Ya, segala lembaran kerja dan buku semua diangkut pulang. Seraga, dua beg dimasukan dalam bonet kereta sejak pulang dari petang Jumaat lagi. Satu beg berjaya dikeluarkan, selebihnya masih lagi di dalam kereta. Itu pun beg berada di hujung meja di depan sofa atas coffee table untuk dua hari yang akan datang. Masuk bilik, sambil berdoa keajaiban berlaku kot-kot semua kerja tersebut telah siap bertanda pada malam Ahad.
via GIPHY
p/s: KEAJAIBAN TIDAK PERNAH BERLAKU...

2. Pergi bersenam di gimnasium

SASARAN: Anda sedar bersenam itu satu keperluan untuk sentiasa sihat dan tingkatkan tenaga yang telah hilang sepanjang minggu persekolahan. Ini juga akan menjadikan seorang guru yang produktif. Jadi perancangan dibuat dengan teliti agar hujung minggu ini anda akan dapat membuat sedikit kardio dan senaman untuk kurangkan berat badan sekurang-kurangnya dapat meningkatkan keyakinan diri anda sendiri.

REALITI: Anda masih lagi berbaring di katil, cuba meyakinkan diri untuk bangun dan aktif bersenam. Dan tiba-tiba anda tersedar di sekolah anda sudah pun terkejar-kejar masuk kelas, kejar murid nak lompat pagar sekolah, naik tangga turun tangga untuk pdp, dan pelbagai lagi aktiviti fizikal selama 5 hari. Jadi anda merasakan ianya satu senaman yang bagus selama 5 hari dan terus tarik selimut untuk menyambung tidur dihujung minggu yang indah...
via GIPHY
3. Berjumpa dan bersosial dengan rakan-rakan Jumaat malam.

SASARAN: Seminggu perancangan dibuat untuk lakukan aktiviti sosial pada Jumaat malam dengan rakan-rakan. Nak tengok wayang lah, nak main futsal lah. Siap suruh kawan tempat tiket awal!

REALITI: Setelah sampai di rumah petang Jumaat, terus melompat masuk bilik air, mandi dan bersihkan diri. Keluar dari bilik air, dengan masih bertuala, baring kejap atas katil, ingat nak pejamkan mata seminit dua, 6 jam kemudian baru terbangun, dengan 12 missed calls dan 30 mesej Whatsapp bertanyakan di mana anda berada.
via GIPHY
4. Mendapatkan tidur yang lebih di hujung minggu

SASARAN: Jam sengaja tidak dikunci, kalau berbunyi pun dengan tenangnya di 'snooze' kan. Sengaja dibiarkan hingga matahari terbit. Anda merancang untuk bangun dengan segara selepas 10 jam punya tidur. Minda dan tubuh terasa ringan dan segar.

REALITI: Anda memang tidak mengunci jam. Tetapi ada terlupa jam loceng biologi dalam diri anda. Dengan sendirinya terjaga. Adakalanya terjaga dalam keadaan kelam kabut nak ke sekolah dan lima saat kemudian baru tersedar ianya hujung minggu.
via GIPHY
5. Bersantai dan bermalas-malasan di hujung minggu

SASARAN: Cuba melupakan keserabutan 5 hari bekerja dengan bermalas-malasan di rumah. Harapan hujung minggu ini adalah untuk lepak di sofa, kaki atas coffee table, pasang tv, movie maraton.

REALITI: Tiba-tiba terfikir tentang apa nak dimakan tengahari ni, hurmm..tak boleh nak relax juga, kena masak dulu untuk anak-anak, tengok lantai, melekit-lekit, ish..nak kena mop dulu ni, baju tak basuh lagi, nak kena ke dobi ni. Setelah buat semua chores yang disenaraikan, adalah tinggal 10 minit lagi untuk petang Sabtu/Ahad melabuhkan tirainya dan esok kena ke sekolah semula!
via GIPHY
6. Mendobi

SASARAN: Oleh kerana mendobi menjadi satu bebanan yang paling malas untuk difikirkan oleh setiap manusia dalam dunia ini, maka anda letakkan ia sebagai keutamaan pada hari minggu ini. Perancangan awal dengan mengasingkan baju berwarna dan putih untuk dimasukkan di dalam mesin basuh. Tudung dibasuh berasingan dengan basuhan tangan. Dan pada penghujung harinya, semuanya baju selesai dibasuh, dilipat dan dimasukkan di dalam almari.

REALITI: Bermula dengan memasukkan baju di dalam mesin basuh dan anda terus terlupa sehingga penghujung hari. Sehinggalah anda tercium bau yang tidak menyenangkan daripada mesin basuh tersebut. Ah...mesin dah lama berhenti, tapi terlupa pula nak sidai baju. Maka mesin tersebut diputarkan sekali lagi dan penghujung harinya tak sempat juga nak melipat segala baju yang dibasuh sebentar tadi...
via GIPHY
7. Lesson Planning

SASARAN: Anda keluarkan buku RPH, buku rujukan guru dan bersedia untuk menulis perancangan yang teliti untuk pembelajaran pada hari Isnin. Semua ditulis dengan teliti mengikut DSKP yang telah ditetapkan malah ada idea baru yang selari dengan PAK 21 untuk anda laksanakan di dalam kelas kelak.

REALITI: Anda terlupa bawa pulang RPH, dan buku panduan guru. Anda pun tak ingat apa yang telah diajar minggu lepas dan buat keputusan untuk datang awal hari Isnin ke sekolah dan cuba melaksanakan apa yang terdaya atau mengulang semula pdp yang sama pada hari Jumaat sebagai ulangkaji bersama murid.
via GIPHY

Apa yang paling leceh antara semua perkara yang kami senaraikan adalah apabila hari minggu anda dipenuhi dengan aktiviti sekolah seperti PLC, LADAP, mesyuarat, Hari Sukan Sekolah, Merentas Desa, program-program peringkat daerah dan negeri dan kenduri kahwin!

Maka hilanglah satu hari untuk hujung minggu anda...hikhikhik!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »