Ziarah Cakna 2019 perkukuh hubungan sekolah, ibu bapa

18:00:00
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Program Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan di seluruh negara mulai 27 Januari 2019.
Program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2019 ini bertujuan untuk memperluaskan konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibu bapa/penjaga melalui amalan ziarah guru ke rumah murid.

Pelancaran di semua peringkat Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negara juga dijalankan serentak dengan melibatkan pelbagai pihak antaranya pentadbir sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan agensi yang berkaitan.

Ia akan dilancarkan oleh YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada 28 Januari 2019.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »