Ustazah hilang ditemui selamat luar Pulau Pinang

19:29:00
USTAZAH Nur Farhana Ibrahim yang dilaporkan hilang di Balik Pulau sejak 14 Januari lalu, ditemui dalam keadaan selamat, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, yang akan memberikan maklumat lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Malam tadi, portal berita Harian Metro melaporkan Ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah itu sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah.

Anbalagan berkata, kehilangan Nur Farhana, 27, disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah petang kelmarin seperti kebiasaan.

“Menurut suaminya, pada pagi Isnin dia menghantar isterinya ke Plaza Tol Alor Setar Utara pada 4.30 pagi untuk menumpang rakan ustazah itu ke Sungai Dua, Butterworth bagi mengambil kereta Perodua Axianya sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah di Balik Pulau.

“Pada 4.30 petang, suami mangsa yang juga peniaga menghubungi telefon bimbit isterinya, namun tidak berjawab.

“Apabila lelaki itu pulang ke rumah dia dapati telefon bimbit isterinya berada dalam bilik tidur dipercayai tertinggal,” katanya.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »