Tawaran Kemudahan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM 2019

12:37:00
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa di universiti awam dalam negara dan luar negara.
Tawaran permohonan ini dibuka mulai 23.01.2019 hingga 06.02.2019 mulai jam 5.00 petang secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penawaran di https://epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan.

Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:

1. Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (pertanyaan umum berkaitan program):

Telefon (hotline): 03-8888 1616

E-mel : epenawaran@moe.gov.my

2. Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):

Telefon (hotline): 03-8884 3717 / 03-8884 3572

E-mel : helpdesk@moe.gov.my

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »