Tak suka guru, subjek punca 1300 murid tidak ke sekolah

16:24:00
Imej via Utusan Online
JOHOR BAHRU 29 Jan. - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sudah mengenal pasti seramai 1,300 murid dan pelajar sekolah di negeri ini yang gagal menghadirkan diri ke sekolah bagi sesi pembelajaran 2019.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, beberapa faktor menyumbang kepada situasi tersebut.

"Antara faktor berkenaan adalah kemiskinan, masalah ibu bapa, disiplin pelajar, pengangkutan dan juga pelajar yang lebih suka bekerja.

"Namun ada juga antara mereka yang tidak hadir ke sekolah kerana tidak menggemari subjek yang dipelajari mahupun guru yang mengajar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019-2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah (SETA), di sini sebentar tadi.

Sumber - UTUSAN ONLINE


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »