Peluang guru ‘duka lara’ pulang ke Semenanjung masih ada

13:51:00
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Hanya tiga negeri di Se­menanjung masih mem­­punyai kekoso­ngan untuk menempat­kan guru-guru yang me­ngajar di Sabah dan Sarawak.

Menurut pegawai khas yang mengendalikan penempatan gu­ru-guru di Kementerian Pendidikan, tiga negeri tersebut adalah Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Jelas beliau yang enggan namanya di­dedahkan, walau ba­gaimanapun guru-guru yang berminat perlu menepati sya­rat yang ditetapkan kementerian iaitu telah berkhidmat antara lima hingga tujuh tahun.

“Kita mengakui memang ramai guru yang ingin pindah dan mengajar di Semenanjung tetapi tiada penempatan di sini terutama di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Empat negeri ini hampir 100 peratus telah diisi dengan guru yang memang berasal dari situ.

“Jika mereka tetap ingin ke empat negeri tersebut, keutamaan diberikan kepada guru-guru yang telah ber­khidmat sekurang-kurangnya antara 10 hingga 13 tahun atau 153 bulan. Kita cuba ikhtiar dan bantu mana yang boleh,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Laporan eksklusif Utusan Malaysia hari ini memaparkan kisah menyayat hati seorang guru muda, Afif Zulfathi Jaafar, 28, yang mengajar di Belaga, Sarawak tidak sempat menatap wajah terakhir ibunya yang meninggal dunia tengah hari semalam.

Beliau yang mengajar mata pelajaran Matematik di sebuah sekolah di pedalaman Be­laga itu hanya menge­tahui ibunya meninggal dunia selepas beberapa jam menerusi rakan guru yang lain yang datang menggunakan perahu.

Jelas pegawai khas terbabit, guru-guru yang menepati syarat boleh mengisi borang pertukaran untuk dipertimbangkan.

Katanya, proses pertukaran guru-guru akan dilakukan dua kali setahun iaitu pada setiap Jun dan Disember.

Sumber: Utusan

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »