10 ekspresi wajah cikgu ketika mesyuarat guru berlangsung

11:34:00
Kadang-kadang keperluan mesyuarat guru itu perlu dipertimbangkan semula. Jika ianya berkaitan dasar dan keperluan berkaitan kewangan dan juga urusan-urusan pelaksanaan program yang penting, makan wajarlah ianya dilaksanakan. Adakalahnya, makluman perkara remeh yang hanya boleh dimaklumkan dalam kumpulan Whatsapp pun nak di meetingkan.
Wajah-wajah guru ketika mesyuarat dapat kita simpulkan berapa darjah kepentingan mesyuarat tersebut, hehehe....:

1. Cubaan memaklumkan kepada BFF tentang mesej yang telah dihantar kepadanya ketika mesyuarat berlangsung...

2. Tatkala mendengar penerangan daripada Pengetua atau Guru Besar

3. Tiba-tiba ada eye-contact dengan pentadbir...

4. Tatkala ada member tanya soalan yang menyebabkan mesyuarat terpaksa diheret panjang 10-15 minit...

5. Apabila mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat wajib dan kemampuan anda untuk menghadam input sangat kritikal...

6. Tatkala terfikir semua input mesyuarat hari ini sebaiknya diemail sahaja atau dimaklumkan dalam grup Whatsapp...

7. Apabila mendapat pujian daripada pentadbir dalam mesyuarat tersebut...

8. Tatkala tumpuan mesyuarat sudah ke laut, dan tiba-tiba anda terfikir perkara lawak yang berlaku di dalam kelas sebentar tadi...

9. Apabila anda tidak setuju dengan usul, tetapi memilih untuk berdiam diri kerana mesyuarat akan meleret-leret jika anda bersuara....

10. Apabila pentadbir cuba buat lawak bodoh untuk ceriakan ahli mesyuarat yang kebosanan...


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »