Sembilan intervensi kurang beban guru akan diumum Januari ini - Maszlee

08:52:00
SEMBILAN INTERVENSI UNTUK KURANGKAN BEBAN TUGAS GURU AKAN DILAKSANA PADA TAHUN 2019 - YB DR MASZLEE

YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mulai Januari 2019 sembilan intervensi akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengurangkan beban tugas guru.

Sembilan intervensi tersebut akan dipecahkan kepada lima inisiatif.
Butiran akan diumumkan ketika amanat tahun baharu 2019 pada 14 Januari nanti.
Perkara itu diumumkan ketika berucap pada Perhimpunan Khas NUTP 2018 dan Amanat Tahun Baharu yang berlangsung di ibu negara hari ini.

Usaha mengurangkan beban tugas guru merupakan antara inisiatif yang dizahirkan oleh YB Dr Maszlee.

Pada majlis ini, NUTP turut menyerahkan memorandum syor-syor penyelesaian tugas-tugas guru yang tidak relevan, termasuk cara menangani isu beban tugas guru kepada YB Dr Maszlee.

Kata beliau, KPM komited memastikan semua tugas administrasi yang ada seharusnya bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak di sekolah.

"Ini termasuk menyelesaikan semua tugas yang bertindih dan tidak relevan dengan pengajaran dan pembelajaran. Ini semua untuk memastikan guru fokus mengajar dan mendidik di dalam kelas," kata beliau.

Sumber: FB Kementerian Pendidikan

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »