Sekolah kebangsaan sudah jadi sekolah agama - Tun M

00:27:00
KUALA LUMPUR- Sekolah kebangsaan sudah menjadi sekolah agama, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, ini kerana sesi pembelajaran hanya memfokuskan kepada subjek agama Islam dan tidak pada subjek lain.
Justeru, katanya kerajaan akan mengkaji semula kurikulum sekolah.

"Seseorang telah menukar kurikulum sekolah kebangsaan. Ia sudah menjadi sekolah agama, mereka belajar Islam tetapi tidak belajar subjek lain.

"Hasilnya, pelajar tidak berapa mahir dalam subjek-subjek yang akan membantu mendapatkan kerja, tetapi mereka menjadi ulama," katanya pada ucapan Majlis Makan Malam Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid di Nexus, Bangsar di sini hari ini. - K! ONLINE

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »