Harapan seorang guru terhadap murid autismnya yang cemerlang...

22:37:00
Jom baca kisah daripada seorang guru mengenai muridnya yang autism tetapi masih berada di dalam kelas arus perdana:

Kisah seorang 'DZUL'

Masa darjah 1 dia kunyah kain baju kurung tcr masa tcr tengah storytelling~ tcr rasa 'emm..budak ni lapaq kot'

Masa darjah 2 dia tantrum msuk bwah meja masa BTPN tengah buat recording tcr mengajar~ tcr urut dada ja

Masa dia makan colour pencils macam makan candy~tcr tarik pelan2 sambil tanya 'sedap ka mkn pensel?'

Masa darjah 5,6 dia buat perangai pelik2~tcr buat dono ja..kadang2 layan.. kadang2 buat x tau ja.. kadang2 cubit juga..

Dia lukih dinosaur dlm buku BI~tcr komen dinosaur dia buruk.. haha

Dia nak pakai shades masa kelas tambahan~ tcr kata 'that's cool'

Dia nak belajar sambil meniarap, tertonggeng ~ tcr kata 'ikut suka hang la'

Dia tulis essay pasal masuk hutan jumpa alien n tangkap bigfoot padahal soalan suruh buat pasal camping ja~ tcr 'grrrrrr' tp lepas tu tcr bacakan cerita yg dia tulis kat kawan2 dia
Dia tarik hingus yg bertali2~tcr kata 'ewwwwwwwww....'

Kadang2 naik angin juga bila dia lepas bom betul2 depan tcr

TAPI...

Bila ada orang kata Dzul 'tak boleh' ~ tcr senyap ja 😑

Bila ada orang marah sebab Dzul tak buat homework/tak nak menulis~ tcr 'mehhh' 😕

Bila tengok GB tengking Dzul sebab tak duduk betul2 atas kerusi~ tcr sakit ati 😶

SEBAB

Ada orang tak nak cuba fahami autism
Ada orang tak nak cuba kaji dan belajar apa itu autism
Ada orang tak tau nak handle autism

Hmm....no comment

DZUL pernah cakap dia nak jadi movie maker.. so harap2 nnt negara kita ada la the first autistic movie maker yg buat movie taraf hollywood punya..hihiii

Tcr yakin dia boleh jadi 'somebody' yg outstanding sbb dia ada parents yg tcr percaya boleh jaga dan guide dia dgn baik

DZUL.. he's one of the kids that i'm going to remember for a long time ~~~~😊

#teacherhood
#autismawareness

Nukilan: Cikgu Juliana Muhd Tajuddin
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »