Guru maut pulang dari bercuti

14:55:00
DUNGUN - Perjalanan pulang seorang guru wanita dari bercuti di kampung halaman berakhir dengan tragedi apabila kereta Proton Persona dipandunya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 362.9, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Bukit Besi dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, Noraini Mohd., 34, yang juga Warden Asrama Puteri Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dalaman, kepala dan tangan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Noraini yang memandu sendirian dalam perjalanan pulang untuk bertugas di SMK Dato Sedia Raja, Rembau selepas bercuti di kampung halaman di Kampung Tetambah, Manir, Kuala Terengganu.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Persona dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

"Impak daripada rempuhan itu, guru wanita terbabit tercampak keluar sejauh beberapa meter dari kenderaannya," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Sumber - K! ONLINE


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »