Bayaran khas Tahun 2018 dibayar pada 18 Disember

07:39:00
PUTRAJAYA: Bayaran khas Tahun 2018 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Pelaksana serta pesara kerajaan akan dibayar pada 18 Disember ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, berkata menerusi Belanjawan 2019 lalu, kerajaan memutuskan supaya bayaran khas sebanyak RM500 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana atas keprihatinan kerajaan serta menghargai khidmat bakti penjawat awam.
Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan yang menerima pencen.

“Bayaran khas sebanyak RM500 itu diberikan dengan syarat bahawa pegawai berkenaan masih berkhidmat sehingga 18 Disember ini dan berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

“Tempoh 30 hari berturut-turut adalah termasuk semua jenis cuti bergaji penuh, Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 18 Disember 2018,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, pegawai yang layak dibayar bayaran khas adalah pegawai lantikan tetap, sementara dan pegawai dalam kontrak; pegawai yang bercuti separuh gaji atau tanpa gaji sepanjang 1 Januari hingga 18 Disember 2018 dan pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta.

Borhan berkata, bayaran sama akan diberikan kepada guru interim, pemandu yang dilantik oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke

atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya serta pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Beliau berkata, pegawai yang tidak layak menerima bayaran pula adalah pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam, tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas;pegawai yang berkhidmat kurang daripada 30 hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 18 Disember 2018 dan pegawai yang bercuti separuh gaji atau tanpa gaji sepanjang tempoh 1 Januari 2018 hingga 18 Disember 2018.

“Selain itu, pegawai lain yang tidak layak adalah pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya atau badan antarabangsa atau syarikat swasta sepanjang tempoh 1 Januari 2018 hingga 18 Disember 2018; pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun 2018; pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga Disember 2018 dan pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 18 Disember 2018,” katanya.

Pegawai yang ditangguhkan bayaran pula adalah mereka yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telah

dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan Bayaran Khas Tahun 2018 ini.

“Pegawai hanya layak diberi Bayaran Khas Tahun 2018 sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah,” katanya.

Katanya, pesara perkhidmatan awam yang dilantik semula secara lantikan perkhidmatan kontrak (COS) dan masih berkhidmat pada 18 Disember 2018 layak diberi bayaran khassebanyak RM500 selain memenuhi syarat berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari

berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2018 hingga 18 Disember 2018.

Borhan berkata, pembayaran sebanyak RM250 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »