Tulisan Jawi sebagai tulisan warisan untuk dipelajari di sekolah

11:22:00
Imej via Googe Images
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kementerian Pendidikan akan menjadikan jawi sebagai tulisan warisan untuk dipelajari di sekolah.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk mempertingkatkan peranan tulisan jawi dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Katanya, Kementerian Pendidikan tidak pernah mengetepikan tulisan jawi yang menjadi warisan budaya kaum Melayu malah sentiasa menjalankan usaha memperkasakan penggunaan tulisan jawi.

“Di peringkat sekolah melalui kurikulum sedia ada, tulisan jawi tidak diajar secara khusus sebagai satu mata pelajaran. Walaupun begitu, tulisan jawi adalah salah satu komponen diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

“Kemahiran tersebut didedahkan pada peringkat sekolah rendah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam serta diperkukuhkan lagi dalam mata pelajaran sama di peringkat sekolah menengah,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang meminta kerajaan menyatakan langkah diambil untuk memperkasakan semula penggunaan tulisan jawi sebagai adat dan budaya masyarakat Melayu yang semakin diketepikan pada hari ini.

Dalam pada itu, Nie Ching berkata, antara usaha dilaksanakan untuk mempertingkatkan peranan tulisan jawi adalah memugar semula peranan Munsyi Dewan, mengemas kini Pedoman Ejaan Jawi dan menye­mak ejaan jawi lama.

“Penghasilan lebih banyak bahan ilmiah dalam tulisan jawi, kajian berteraskan tulisan jawi dalam manuskrip lama serta melaksanakan program dan klinik jawi antara usaha dilakukan,” katanya.

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »