Guru "lelong" anak, Maszlee janji akan teliti kes

11:33:00
SHAH ALAM - Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata beliau akan melihat dengan segera dilema seorang guru yang dilaporkan terpaksa menyerahkan enam orang anaknya kepada orang lain disebabkan permohonan pertukaran sekolah tidak diluluskan.

Katanya, beliau telah mengarahkan pegawai Kementerian Pendidikan agar menyiasat isu yang dilaporkan oleh Sinar Harian dengan segera dan menyediakan butiran bagi tindakan susulan.
"Saya akan melihat kes ini dengan segera. Saya telah meminta pegawai Kementerian agar mendapatkkan butiran mengenai isu bagi mendapatkan gambaran sebenar. Saya faham situasi setiap guru yang ingin bertukar sekolah.

"KPM mempertimbangkan setiap permohonan pertukaran dengan mengambil kira pelbagai sudut dan faktor. Saya akan teliti kes ini," kata beliau kepada Sinar Harian.

Sinar Harian melaporkan seorang guru wanita yang kecewa keputusan permohonan pertukaran sekolah tidak diluluskan terpaksa menyerahkan kesemua anaknya kepada sesiapa sahaja.

Laporan itu memetik tulisan dalam Facebook yang menyebut kenyataan kecewa itu perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan kerana boleh mengundang kepada penyakit kemurungan.

Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan keputusan permohonan pertukaran bermula kelmarin.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »