Ganti pemansuhan peperiksaan dengan sesi bersama ibu bapa & guru - NUTP

22:38:00
PETALING JAYA: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) mencadangkan ibu bapa memantau sendiri pencapaiaan anak mereka jika peperiksaan bagi murid tahun 1 hingga 3 dimansuhkan.
Setiausaha NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, masa yang digunakan untuk peperiksaan boleh digunakan sebagai sesi ibu bapa bersama guru bagi membincangkan pencapaiaan anak mereka.

“Pihak NUTP mencadangkan agar perjumpaan guru dan ibu bapa dijalankan dengan lebih kerap iaitu sekali dalam sebulan.

“Dalam perjumpaan tersebut ibu bapa boleh bertanya pelbagai soalan dalam bidang akademik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, guru boleh memainkan peranan untuk memantau pelajar dalam pelajaran, emosi dan pertumbuhan mereka semasa di sekolah untuk dibincangkan dengan ibu bapa.

“Dengan itu, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan anak mereka dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” katanya.

Semalam, Menteri Pendidikan, Mazlee Malik mengumumkan peperiksaan bagi murid tahun 1 hingga 3 akan dimansuh dan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun depan.

Pemansuhan itu bertujuan mengembalikan semangat dan prinsip pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Beliau berkata, PBS yang dilaksanakan sejak 2011, semakin tersasar daripada matlamat asal untuk menilai tahap pencapaiaan murid bukan berteraskan pendidikan.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »