NUTP anjur bengkel selesai isu beban guru

20:17:00
Imej via nutp.org
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) telah mengadakan Bengkel Beban Tugas Guru Penolong Kanan Pentadbiran/Hal Ehwal Murid dan kokurikulum bagi mengumpul maklumat mengenai beban tugas guru di seluruh negara.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata bengkel itu diadakan selepas guru membangkitkan isu mengenai bebanan dihadapi mereka menerusi tugas perkeranian malah media juga melaporkan isu berkenaan.
NUTP telah membawa isu ini kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebelum beliau mengarahkan pegawai khas kementerian membantu NUTP menyelesaikan isu berkenaan.

Pertemuan antara NUTP dan pegawai khas berkenaan sebanyak empat kali telah banyak membantu dan akhirnya kesatuan dapat menganjurkan bengkel itu, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

"NUTP berterima kasih kepada Menteri Pendidikan yang memahami bebanan dihadapi guru dengan memberi ruang kepada NUTP membuat engagement (perjumpaan) dengan pihak yang berkaitan terutamanya Kementerian Pendidikan dalam menangani isu dihadapi guru dan menyelesaikan beban dihadapi guru yang dikatakan penjenamaan semula tugas guru yang tidak berkaitan," kata Harry.

"Dalam sesi engagement dengan Kementerian Pendidikan, NUTP berharap sebahagian isu dapat diselesaikan, justeru NUTP berharap guru dapat kembali ke tugas rasmi mereka iaitu mengajar dan banyak 'face time' (luangkan masa) dengan murid dan pelajar," katanya. - BERNAMA

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »