MFLS akan ganti PLKN, BTN - Syed Saddiq

20:49:00
Image via Twitter Syed Saddiq
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Program Sekolah Kepemimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS) bakal menjadi pengganti kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) yang telah dimansuhkan baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, peruntukan sebanyak RM70 juta untuk membiayai program tersebut telah mendapat kelulusan dan akan dimasukkan dalam Bajet 2019 yang akan dibentangkan bulan depan.
“Program yang ketika ini diusahakan menerusi kerjasama dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Ernst & Young Malaysia (EY) itu dijangka akan berlangsung selama dua hingga tiga minggu dan akan terbahagi kepada dua peringkat umur peserta iaitu 15 tahun dan 17 tahun.

“Peserta lepasan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini dipilih dari setiap sekolah, bukan hanya sekolah elit, serta mereka perlu melalui tiga proses saringan.

“Matlamat program ini lebih terarah kepada pembangunan jati diri dan belia berwawasan menerusi pelaksanaan modul berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Forum Ekonomi Belia 2018 di sini, hari ini.

Sumber- UTUSAN ONLINE

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »