Kementerian cadang wujudkan semula saluran TV Pendidikan

13:36:00
Imej via Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR 16 Okt. - Kementerian Pendidikan bercadang mewujudkan semula saluran televisyen pendidikan secara percuma dalam usaha mempelbagaikan isi kandungan ilmiah selain mendemokrasikan semula pendidikan kepada rakyat.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkaitan perkara ini.
“Kita akan cuba berbincang dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia( Bernama) untuk kembalikan saluran televisyen pendidikan secara percuma.

“Dahulu ada saluran percuma mengenai pendidikan di televisyen, tetapi hari ini bukan lagi percuma dan saluran itu ditayangkan di saluran berbayar jadi kita bercadang mahu mengembalikan saluran ini,” katanya ketika berucap menyempurnakan Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya juga berhasrat mewujudkan aplikasi pendidikan berasaskan telefon pintar.

Sumber - UTUSAN ONLINE

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »