Guru di pedalaman perlu dihadkan tempoh tahun bertugas

20:27:00
Gambar hiasan via Google Images
SAUDARA PENGARANG,

Tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan kerana mengehadkan tempoh hanya dua penggal pegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Saya juga suka mencadangkan kepada Menteri Pendidikan agar tempoh guru bertugas di sekolah pedalaman tidak melebihi 10 tahun.
Bayangkan sekiranya seseorang guru berada di sesebuah sekolah melebihi 10 tahun.

Mereka juga mempunyai komitmen terhadap keluarga yang perlu diberikan perhatian. Mereka juga mempunyai emosi dan perasaan yang perlu dijaga.

Guru yang berada terlalu lama di sekolah pedalaman akan berada dalam zon selesa.

Bukan semua, kebanyakkannya begitulah. Mereka sudah tepu dan layu. Kursus yang mereka hadiri tidak membawa makna. Mereka akan kekal dengan cara lama.

Tidak wujud persaingan sesama mereka di sekolah. Kebanyakan guru yang mengajar di pedalaman adalah penempatan pertama mereka sebagai guru. Mereka datang dengan ilmu yang tinggi tetapi tiada pengalaman bertugas di sekolah luar. Mereka akan terikut-ikut dengan gelagat guru-guru senior di sekolah tersebut. Akhirnya semua berada dalam zon selesa.

Mengajar di sekolah pedalaman bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Perjalanan yang memakan masa lama dengan menaiki pacuan empat roda boleh menyakitkan pinggang.

Rumah guru yang ada dalam keadaan daif tanpa bekalan elektrik dan air bersih. Kedai untuk membeli keperluan harian tidak ada sama sekali. Semuanya dilalui tanpa rela oleh insan guru di pedalaman demi memikul amanah. Ini menjadi punca guru sentiasa stress.

Tukarkanlah guru yang terlalu lama di sekolah pedalaman. Bagilah mereka peluang merasai suasana persaingan yang sihat di luar.

Bagilah peluang mereka mempamerkan kehebatan sebenar sebagai seorang guru. 
 Banyak program di sekolah luar yang tidak dapat dilaksanakan di sekolah pedalaman disebabkan pelbagai kekangan.

Tenaga guru muda perlu dihantar ke sekolah pedalaman bagi menggantikan guru yang sudah berkhidmat melebihi 10 tahun.

BAH APAI

Pahang Darul Makmur.

Sumber: Utusan

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »