Cuti sekolah berperingkat hanya pandangan peribadi timbalan saya - Menteri Pelancongan

15:29:00
Imej via  World News | Travel Tips | travelwirenews.com
KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata cadangan pelaksanaan cuti sekolah secara berperingkat mengikut negeri hanya pandangan peribadi timbalannya dan ia tidak akan dilaksanakan.

Mohamaddin berkata, cadangan yang disuarakan oleh Timbalannya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik itu juga tidak pernah dibincangkan di peringkat kementerian.
"Jika anda tanya saya (berkenaan cadangan cuti sekolah berperingkat antara negeri) jawapannya adalah tidak (setuju)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Swedish Fashion and Design Stories Exhibition' di Balai Seni Negara, di sini, hari ini.

Pada Selasa, Muhammad Bakhtiar mencadangkan cuti sekolah diadakan secara berperingkat mengikut negeri bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan namun kebanyakan pihak tidak bersetuju dengan cadangan itu. - Bernama

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »