8 Fungsi Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD)

11:39:00
Imej via FB KPM
Tiada sistem yang kekal buat selama-lamanya. Kita perlu membawa penambahbaikan," kata Pengerusi Jawatankuasa Profesor Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid dalam perutusan pengerusi.

Jawatankuasa ini telah ditetapkan melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

1. Memberi cadangan dan idea baharu serta inovatif dalam menyusun semula sistem pendidikan negara untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang holistik;

2. Mengkaji semula dasar pendidikan negara dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedia ada bagi tujuan penambahbaikkan;

3. Mengkaji dan memberi cadangan hala tuju sistem pendidikan di Malaysia dari peringkat prasekolah sehingga ke universiti dengan matlamat untuk menjadikan sekolah-sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik untuk rakyat serta mengembalikan wibawa universiti awam dan pendidikan tinggi;

4. Melaksanakan proses libat urus dengan semua pemegang taruh dan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dan mecadangkan perubahan sistematik untuk merangsang penglibatan pemegang taruh dalam sistem negara;

5. Menjalankan proses penanda aras bersesuaian ke atas sistem pendidikan negara lain;

6. Menyedia dan membentangkan pelaporan status kajian JKKDPN kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan pada setiap bulan;

7. Menyedia dan mengemukakan pelaporan kajian yang mengandungi syor-syor Jawatankuasa kepada YB Menteri sebelum atau pada 30 Apri 2019; dan

8. Mewujudkan biro atau jawatankuasa dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggota jawatankuasa.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »