Tiada sidang media pengumuman keputusan UPSR 2018 - Lembaga Peperiksaan

15:35:00
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan suatu peperiksaan pada peringkat persijilan sebaliknya merupakan titik pengukur menilai pencapaian murid dalam literasi, numerasi dan penaakulan di peringkat sekolah rendah, kata Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Justeru, katanya Kementerian Pendidikan berhasrat mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan itu dan tidak menjadikan UPSR sebagai penilaian yang berprestasi tinggi sehingga memberikan tekanan kepada murid, pihak sekolah dan ibu bapa.
“Fokus utama Kementerian Pendidikan terhadap UPSR ialah untuk melihat tahap penguasaan minimum murid setelah melalui pembelajaran selama enam tahun di sekolah rendah.

“Sehubungan dengan itu, liputan media secara besar-besaran dikhuatiri akan menyebabkan hasrat kementerian tidak dapat dicapai,” katanya.

Kenyataan itu juga menyaran pihak media dapat membantu Kementerian Pendidikan dengan menyampaikan maklumat tentang tujuan dan tarikh-tarikh penting sesuatu peperiksaan dilaksanakan termasuklah memberi kefahaman tentang sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan.

“Tiada majlis sidang media bagi pengumuman keputusan UPSR pada tahun ini,” katanya.

Seramai 440,743 calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara yang berlangsung pada 20 dan 24 hingga 27 Sept.

- Bernama

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »