Pegawai zaman pentadbiran BN lengah urusan tadbir akan digugurkan

06:58:00
PETALING JAYA: Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas dengan ‘menggugur’ dan memindahkan segelintir pegawai kerana didapati sengaja melengahkan urus tadbir negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, antara contoh kes termasuk tindakan kakitangan kerajaan yang didapati melambatkan pelantikan pegawai menteri sehingga tidak dibayar gaji sejak empat bulan lalu.

“Oleh sebab tertentu, kita tidak boleh mencapai 100 peratus janji kita. Kerosakan dalam kerajaan jauh lebih buruk sehinggakan ada orang elak laksanakan keputusan-keputusan yang dibuat.
“Kita dapati ada pegawai masih setia kepada pentadbiran lepas dan Najib (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak). Apabila kita lantik pegawai, menteri berhak mendapatkan kakitangan mereka.

“Walaupun saya sudah luluskan pelantikan, mereka masih belum mendapat gaji kononnya ada yang tidak kena dengan pelantikan.

“Bila Kabinet putuskan untuk ambil tindakan, barulah gaji mereka dibayar,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Sumber : Berita Harian

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »