Muat Turun Jadual Waktu UPSR 2018

11:58:00
Perhatian kepada calon, ibu bapa, penjaga yang mempunyai anak bersekolah di tahun enam, berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) telah mengumumkan UPSR akan berlangsung pada 20 dan 24-27 September 2018.

UPSR 2018 ini akan bermula pada hari Khamis, 20 September 2018 bagi kertas Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Pemahaman dan Penulisan.

Minggu berikutnya pula adalah 24 September 2018 bagi kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan.

Seterusnya pada 25 September 2018, Bahasa Inggeris Pemahaman dan Penulisan, Matematik pada 26 September dan Sains pada hari akhir iaitu 27 September 2018.

Panduan buat ibu bapa dan murid, bermula tahun ini, penilaian murid tidak lagi memfokuskan kepada kecemerlangan akademik sahaja.

Tetapi turut melihat kepada pencapaian murid secara holistik sebagai seorang insan.

Keputusan UPSR hanya salah satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR).
Tiga lagi komponen yang diambil kira ialah:

1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
2. PAJSK - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
3. Pentaksiran Psikoetrik (PPsi)

Muat Turun : Jadual UPSR 2018
Muat Turun : Jadual UPSR 2018
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »