KPM tubuh jawatankuasa atasi kekurangan guru

20:49:00
JOHOR BAHRU 12 Sept. - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani masalah kekurangan guru di beberapa negeri khususnya di Johor, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pihaknya menyedari situasi berkenaan dan akan mengambil langkah segera untuk mengatasinya.
“Masalah kekurangan guru ini masih berada pada tahap terkawal, namun kita perlu mengatasinya dengan kadar segera.

“Antara yang dipertimbang termasuklah pemberian elaun tambahan bagi menarik minat lebih ramai tenaga pengajar ke kawasan terlibat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Perasmian Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan (PPIPK) 2018 di Kampus Temenggong Ibrahim di sini sebentar tadi.

Antara punca yang dikenal pasti menyebabkan kekurangan guru di empat negeri itu termasuk kos sara hidup tinggi dan melibatkan kawasan pedalaman. - UTUSAN ONLINE

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »