Guru maut kemalangan ketika hantar kertas jawapan UPSR

19:12:00
Imej via K! Online
LAWAS - Perjalanan dua orang guru untuk menghantar kertas jawapan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke Wisma Persekutuan di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Jalan Bukit Suling di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Arrzahara Affendi, 28, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital Lawas.
Difahamkan, guru wanita menghembuskan nafas terakhir di hospital tersebut kira-kira pukul 2.20 petang.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, rakan setugas mangsa yang berusia 24 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, sebelum kejadian, kedua-dua guru terbabit dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar kertas jawapan UPSR dari arah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Trusan menuju ke Wisma Persekutuan di sini.

"Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu guru lelaki tersebut dikatakan hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan sebelum terbakar.

"Impak kemalangan tersebut telah mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Zainal memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.

Katanya, kereta berkenaan dipercayai dipandu oleh guru lelaki tersebut sehingga menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan itu lalu terbabas dan terbakar.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya lagi.

Sumber- K! ONLINE

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »