Guru Besar tuntut lebih bayaran RMT di sekolah?

18:14:00
Gambar hiasa via http://skhajiismail.blogspot.com
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Kementerian Pendidikan telah mengadakan siasatan terhadap aduan salah laku seorang guru besar di Pahang yang menuntut lebih bayaran Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Kementerian dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan tanpa sebarang kompromi akan diambil berdasarkan hasil siasatan tersebut.

“Program RMT yang dilaksanakan di sekolah-sekolah adalah di bawah tanggungjawab guru besar, sama seperti pengurusan melibatkan wang kerajaan lain.

“Sebarang salah laku dalam pengurusannya akan diambil tindakan tanpa sebarang kompromi,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Kementerian Pendidikan berharap mana-mana pihak boleh membuat aduan secara rasmi sekiranya mengesyaki terdapat salah laku pihak pengurusan sekolah dalam mengendalikan RMT.

RMT merupakan program pemberian makanan tambahan oleh kerajaan kepada murid-murid sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah terutama dari luar bandar.

Setiap murid yang layak akan menerima bantuan RMT bernilai RM2.50 bagi Semenanjung dan RM3 bagi Sabah, Sarawak, Labuan selama 190 hari persekolah.

Isnin lalu, tular dalam Twitter mengenai tindakan seorang guru besar di sekolah rendah di Sungai Tekam Utara, Jerantut, Pahang meminta pengusaha kantin membayar lebihan baki pelajar yang layak mendapat RMT ke dalam akaunnya.

Sumber - UTUSAN ONLINE
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »