Tujuh dilantik anggotai Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)

20:53:00
Tan Sri Wan Mohd. Zahid Noordin
PUTRAJAYA 16 Ogos - Tujuh orang tokoh akademik dilantik menganggotai Majlis Penasihat Pendidikan kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2018-2020 berkuatkuasa 1 Ogos lalu.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pelantikan tersebut selaras dengan peruntukan peruntukan Seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-peraturan Pendidikan (MPPK) 2012.
Menurutnya, bekas Ketua Pengarah Pelajaran,Tan Sri Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin dilantik sebagai Pengerusi MPPK manakala Tan Sri Yong Poh Kon sebagai Timbalan Pengerusi.
Tan Sri Yong Poh Kon via thestartv

"Saya percaya bahawa mengambil kira latar belakang kesemua anggota yang dilantik ini, MPPK sesi2018-2020 akan memainkan peranan dengan berkesan dan menyeluruh bagi meningkatkan martabat sistem pendidikan.

"Saya juga berharap MPPK akan membantu Kementerian dengan memberikan pandangan dan nasihat khususnya untuk menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MPPK sesi 2018-2020 turut dianggotai Datin Noor Azimah Abdul Rahim; Datuk Satinah Syed Saleh; Datuk Dr. Sukiman Sarmani; Brig. Jen. Datuk Yusri Anwar dan Prof. Dr. Ruzita Mohd. Amin.
Datin Noor Azimah Abdul Rahim via TODAYonline
Datuk Satinah Syed Saleh via Youtube
Datuk Dr. Sukiman Sarmani via Youtube
Dato Yusry Hj Anwar (Beruniform) via aroba.com.my
Prof Dr. Rozita Mohd Amin via ResearchGate


Sumber - UTUSAN ONLINE


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »