Tiada Skim Pencen Selepas 2021, Bahagian Pasca Perkhidmatan Beri Penjelasan

14:55:00

Berikutan tularnya sebuah cetakan skrin berkenaan tiada lagi skim pencen seleps tahun 2021, Bahagian Pasca Perkhidmatan telah memuatnaik satu penjelasan melalui laman Facebook rasmi mereka.

Berikut adalah penjelasan tersebut.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Berikut merupakan penjelasan mengenai berita yang tular di media sosial semenjak semalam bertajuk ‘Tiada Pembayaran Pencen Selepas Pesaraan 2021’

Pihak kami ingin mengesahkan bahawa berita ini adalah PALSU!

Gambar dan kenyataan sebenar/asal yang dikeluarkan oleh Astro Awani adalah bertajuk ‘BR1M Polisi Malas Kerajaan Terdahulu’ oleh YAB Tun Mahathir (seperti gambar yang dilampirkan)

Sekian dimaklumkan, harap maklum.

Mohon disebarkan untuk makluman semua bakal pesara, pesara, waris & tanggungan pesara Kerajaan.

Bahagian Pasca Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam

28/8/2018
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »