BR1M satu sogokan? Hentikan juga pemberian bonus, duit raya penjawat awam

07:36:00
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Kerajaan Pakatan Harapan turut dicabar menghentikan pemberian bonus dan duit raya kepada kakitangan awam sekiranya menganggap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai satu sogokan atau rasuah.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, pemberian wang tunai merupakan satu polisi yang diamalkan oleh banyak negara lain.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, pemberian tersebut sangat membantu untuk menanggung beban sara hidup bagi golongan berpendapatan rendah B40.

“Kalau pemberian wang tunai itu sogokan, hentikan juga bonus dan duit raya untuk kakitangan awam. Konsisten,” katanya dalam Twitter, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat.

Menurut Perdana Menteri, ia terpaksa dilakukan memandangkan rakyat terlalu dimanjakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambah Khairy, beliau juga membantah pengurangan atau pemansuhan BR1M.

Ujarnya, alasan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa BR1M merupakan satu rasuah juga sangat dangkal.

Beliau memberitahu, ini kerana BR1M boleh dikukuhkan dari segi pengesahan penerima yang layak dan perbelanjaan bersyarat (hanya boleh guna untuk beli barang2 tertentu).

Sumber - UTUSAN ONLINE
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »