5 Mitos Tentang Guru Yang Anda Perlu Tahu

22:59:00

Guru merupakan profesion yang sering disalah ertikan oleh banyak pihak. Kebanyakan orang tidak faham tahap dedikasi dan pengorbanan seorang guru untuk menyumbangkan sesuatu yang bermakna untuk muridnya.
Apa yang nyata sekarang, guru pada zaman sekarang bukanlah satu profession yang mudah menerima ungkapan 'terima kasih' daripada masyarakat. Kebanyakannya banyak cercaan dan hentaman.

Di bawah ini kami senaraikan beberapa mitos dan kepercayaan yang masih terpalit di dalam masyarakat itu sendiri.

MITOS 1 : Waktu kerja guru hanya pukul 7.45 hingga 2.00 petang
Ini mitos paling kelakar yang masih melekat di minda masyarakat zaman sekarang. Malah ada yang mohon jadi guru hanya kerana tempoh waktu bekerja tersebut.

Menurut artikel yang ditulis oleh  BBC news di England kebanyakan guru menghabiskan masa untuk sekolah dan muridnya hampir 55- 63 jam seminggu!

MITOS 2 : Guru turut bercuti sebagaimana murid ketika cuti sekolah
Mitos ini adalah mitos kedua paling popular dalam kalangan masyarakat sejagat. Bukan sahaj di Malaysia, malah seluruh dunia.

Ia, memang benar peluang itu digunakan sebaiknya oleh sesetengah guru, namun masih terdapat guru-guru yang mengambil peluang untuk datang ke sekolah pada musim cuti untuk melakukan aktiviti-aktivti seperti kelas tambahan, menghias kelas dan macam-macam perkara yang tidak dapat dilakukan ketika sesi persekolahan berlangsung.

MITOS 3 : Guru bertanggungjawab atas pendidikan anak saya - Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan guru yang pertama untuk setiap anak-anak di rumah. Guru hanya bersama-sama anak-anak mereka beberapa jam sahaja di sekolah. sedangkan ibu bapa berasama anak-anak seumur hidup.

Sebenarnya kerjasama yang jitu antara ibu bapa dan guru diperlukan dalam membina karekter dan sahsiah diri seorang murid.

MITOS 4 : Guru tidak mahu berubah

Kebanyakan guru zaman sekarang tidak menentang perubahan. Pendidikan adalah sesuatu yang dinamik. Perubahan zaman dan keperluan pendidikan memaksa guru untuk berubah. Cuma bagi pihak berwajib, jika perubahan tersebut memerlukan keperluan khusus, lengkapilah ia agar perubahan guru dapat seiring dengan kehendak yang dingini.

MITOS 5 : Guru mampu mengawal dirinya dalam apa jua keadaan

Guru hanya manusia biasa. Jangan kata hipokrit pula, tetapi mereka juga berkahwin, ada anak, ada cucu, ada keluarga...Apa yang berlaku di dalam bilik darjah adalah satu contoh yang cuba ditonjolkan kepada muridnya sebagai sesuatu yang baik.

MITOS 6: Gaji Guru Sekolah Menengah Lebih Besar Daripada Gaji Guru Sekolah Rendah

Mitos ini dahulunya satu lagenda yang berlaku sekitar tahun 80an. Ianya berubah setelah kerajaan memperkenalkan program pensiswazahan guru melalui beberapa program seperti KPLI, PPSMI dan pelbagai lagi.

Hampir 95% guru-guru di sekolah rendah kini mempunyai ijazah dan gred mereka sama sahaja seperti mana guru sekolah menengah.




loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »