Monday, 9 July 2018

Timb. Menteri Pendidikan mahu UEC diiktiraf sebelum hujung tahun ini

Imej via roketkini.con
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mahu isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selesai sebelum hujung tahun ini.

"Saya harap dapat selesaikan tugas ini sebelum hujung tahun, ini matlamat saya.

"Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi ini (pengiktirafan UEC) boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara cincai," katanya kepada pemberita di Semenyih hari ini.
Beliau berkata isu itu tidak perlu dibawa ke parlimen memandangkan kerajaan sebelum ini memberi pengiktirafan kepada sijil A-level tanpa melalui perbahasan di Dewan Rakyat.

Sebaliknya, katanya lagi, kementerian pendidikan perlu menentukan mekanisme pengiktirafan UEC, kemudian menteri pendidikan boleh membawanya ke kabinet.

Sumber : Malaysiakini
loading...

Google+ Followers