Tak puas hati dengan guru disiplin, pelajar bom sekolah

15:54:00
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi bilik disiplin
dan bilik kaunseling SMK Penambang, Kota Bharu
yang rosak akibat dibaling bom buatan sendiri semalam.
Imej via Kosmo! Online
KOTA BHARU – Perbuatan khianat dengan membaling bom buatan sendiri ke dalam bilik disiplin dan kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang di sini semalam dipercayai didalangi oleh tiga pelajar Tingkatan 3 sekolah berkenaan.
Lebih mengejutkan, siasatan polis mendapati perbuatan tersebut dilakukan hanya kerana pelajar berkenaan tidak berpuas hati dengan guru displin mereka.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, sebanyak 80 bilah cermin tingkap bilik disiplin dan kaunseling pecah selepas dilempar bom buatan sendiri dipercayai menggunakan mercun bola yang telah diubah suai.

Seorang guru lelaki berkata, semasa kejadian, dia berada di bangunan berhampiran sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kuat diikuti asap berkepul-kepul dari belakang blok sekolah ber­kenaan.

“Semasa kejadian, terdapat enam orang guru di dalam ke­dua-dua bilik berkenaan. Letupan kuat itu mengakibatkan tingkap belakang bilik yang terletak di aras bawah pecah.

“Guru yang berada di dalam bilik tersebut mendakwa merasai gegaran dengan tekanan ­angin yang kuat selepas letupan berlaku. Selain tingkap, sebuah alat pendingin hawa turut rosak akibat letupan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber: Kosmo! Online

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »