Tuesday, 3 July 2018

Saran potong gaji penjawat awam, fungsi CUEPACS dipersoal

Tags

KUALA LUMPUR 2 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO mempersoalkan tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan pemotongan gaji kakitangan awam pada bulan Ogos untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

Naib Ketuanya, Shahril Sufian Hamdan menegaskan, fungsi kesatuan pekerja adalah untuk memperjuangkan kebajikan golongan itu dan bukannya meraih ‘mileage politik’ di mata kerajaan baharu itu.
“Seingat saya, kesatuan sekerja fungsinya untuk memperjuangkan kebajikan pekerja dan bukan mendapat ‘mileage politik’ seolah-olah mahu menjadi wira kepada kerajaan Pakatan Harapan dengan mengurangkan pendapatan kakitangan awam yang mereka wakili,” katanya menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Hari ini, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dipanjangkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. - UTUSAN ONLINE

loading...

Google+ Followers